Thursday 20 February 2014

TAFSIR : Tafsir Surah al- mukminun ayat 51

TAFSIR SURAH AL-MUKMININ AYAT 51


يٰأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلوا مِنَ الطَّيِّبٰتِ وَاعمَلوا صٰلِحًا ۖ إِنّى بِما تَعمَلونَ عَليمٌ ﴿٥١﴾
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal salih sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 1
Imam Jalalain iaitu (Jalaluddin As-Suyuti dan Jalaluddin Al-Mahalli) berkata dalam Tafsir mereka yang masyhur iaitu Tafsir Jalalain:

كُلوا مِنَ الطَّيِّبٰتِ
Makanlah makanan yang baik : makanan yang halal lagi baik

وَاعمَلوا صٰلِحًا
Amal yang soleh : amalan fardhu dan sunat
Menurut Sheikh Abdurrahman Jabir Al- Jazairi : melaksanakan kewajipan dan memperbanyak amalan sunat.

إِنّى بِما تَعمَلونَ عَليمٌ
sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan : maka kelak Allah akan memperhitungkan atas kalian (berdasarkan amalan-amalan). 2

Imam Ibnu kathir dalam Tafsir Quran Al-Azim atau yang lebih popular dipanggil Tafsir Ibnu Kathir berkata :

- Makanan yang halal lagi baik itu merupakan pendukung bagi melaksanakan amalan soleh sehingga kita lihat para Nabi buat amal dengan sempurna.
kemudian para Nabi pun melaksanakan perintah tersebut dengan sebaiknya dan menggabungkan setiap kebaikan iaitu daripada segi ucapan, perbuatan dan percakapan. 3


contoh :
dalam Syamail Muhammad oleh Imam Tirmizi.
Bab Khatam Nubuwwah

Dari Buraidah Ra meriwayatkan :
Apabila Nabi Saw berhijrah ke Madinah, maka datanglah Salman Farsi kepada Nabi Saw membawa sedulang penuh tamar-tamar yang masih segar dan memberikannya kepada Nabi SAW. Nabi Saw bertanya,” Apa ini? Salman menjawab:” Inilah sedeqah untyuk Tuan dan Sahabat-sahabat tuan.” Nabi Saw memberitahu “ Kami tidak memakan sedeqah.” Pada hari kedua Salman membawa lagi sedulang tamar dan berkata , “ Tamar-tamar ini ialah hadiah.” Maka barulah Rasulullah dan para sahabat memakannya.  4

Said bin Jubair dan Ad-Dhahhak berkata : makanan yang halal

Hasan Al Bashri berkata:

“Demi Allah, Dia tidak menyuruh kamu memakan makanan yang berwarna kuning,merah, yang manis atau pun yang masam. Bahkan Allah berfirman كُلوا مِنَ الطَّيِّبٰتِ  yang bermaksud “ Makanlah makanan yang halal”.

Nabi SAW bersabda



Maksudnya : “ Tidaklah para nabi itu melainkan mengembala kambing. Nabi SaW ditanya.” Kamu juga Ya Rasulullah”. Nabi Saw bersabda,” Ya, dan dahlu aku mengembala kambing penduduk Mekah untuk mendapatkan beberapa dinar.” 5
Nilai kehidupan seseorang itu ditentukan oelh amal dan usahanya. Alangkah banyaknya peluang untuk buat amalan soleh yang telah diberikan oleh Allah. 6


 Berkaitan dengan ayat ini, terdapat satu hadith dalam Arbain Nawawi yang meletakkan ayat ini dalam hadith tersebut iaitu Hadith ke 10. Imam Ibnu Kathir juga meletakkan hadith ini untuk menafsirkan ayat ini.   Hadithnya ialah :

عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى
طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَ ا
الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا منْ
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ
یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ!
)) رواه مسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan
sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan  dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

Ibnu Rejab al- Hanbali berkata dalam kitabnya Jami’ Ulum Wal Hikam (Syarah Hadith 40) :

Berkenaan lafaz hadith لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا ini membawa maksud bahawa Allah tidak menerima amal perbuatan kecuali amal perbuatan yang baik dan bersih dari semua hal yang merosakkannya seperti riyak dan ujub. Jadi perkataan ‘baik’ itu disifatkan pada amal perbuatan,perkataan dan keyakinan. Para Rasul dan Umat mereka diperintahkan untuk makan makanan yang halal dan diperintahkan untuk beramal. Sebaliknya,jika makanan tidak halal bagaimanakan amal dan doa seseorang itu dapat diterima oleh Allah?7


Pada ayat إِنّى بِما تَعمَلونَ عَليمٌ ini, Sheikh Abdurrahman Jabir Al Jazairi telah berkata:

Allah akan berikan balasan kepada mereka kerana amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan. 8

Prof Dr Hamka pula mengatakan dalam Tafsir Al Azhar:

“ tidak ada yang tersembunyi daripada pandangan Allah. Mulut kita dapat berkata bahawa kita beramal kerana Allah tetapi suara kecil hati kita tidak pernah berdusta. Lebih baik Allah yang tahu daripada manusia diberitahu. Amal yang dilakukan kerana untuk dilihat manusia, itulah yang dinamakan riyak yang merupakan syirik khafi. 9


Isu semasa


Mutakhir ini, kita dapat lihat sendiri, bagaimana sesuatu yang halal itu diperolehi. Bahkan ada yang tidak kisah berkenaan halal dan haram. Sebagai contoh rasuah. Rasuah semakin berleluasa seolah-olah tidak pernah mendengar amaran daripa Allah dan Rasul. Sedangkan Nabi kita SAW memberi amaran keras kepada orang yang mengamalkan rasuah. Selain itu, sikap acuh dan tidak acuh terhadap pengambilan makanan yang halal. Ada juga dalam kalangan kita yang tidak cakna terhadap industri halal dan mudah mendapatkannya daripada sumber yang syubhah. Hal ini memberi kesan dalam ibadah kita dan pembentukan generasi terbaik yang kita inginkan.

Penutup

Konklusi daripada tafsir ini ialah :

- pentingnya kita untuk mencari yang halal lagi baik supaya mendapat keberkatan daripada Allah
- amal soleh sangat berkait rapat dengan pemakanan dan sumber rezeki kita.
- pentingnya sentiasa tashih niat kita supaya apa yang kita lakukan semata-mata kerana Allah

mudah-mudahan segala amal kita diberkati dan diterima Allah. Amin.

















suci-lut5365.blogspot.com/2011/01/surah-al-muminun.html1fb7583c482566cd00324fb3?OpenDocument

2.m/s 1427,  Sheikh Jalaluddin Al-Mahalli dan Sheikh Jalaluddin As-Suyuti (1990) Tafsir Jalalain Jilid 3  , Sinar Baru Algensindo.
m/s 63-63    Sheikh Abdurrahman Jabir Jazairi  ,(2008) ,  Aisar Tafsir Li Kalamil Kabir (Tafsir Al-Quran Aisar) Jilid 5 , Darus Sunnah

3. m/s 222, Dr Abdullah bin Muhammad (1994) Lubab  At-tafsir min Ibn Kathir jilid 6, Muassasah Dar Hilal Cairo.
    m/s 262-263, Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuti bersama team tafsirnya  (2000) Mishbah Al-Munir  fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir , Pustaka Ibn Kathir.
    m/s 423-424 , Muhammad Nasib Rifai (2000) At-Taisir Al-Aliyyul Qadir li Ikhtisari Tafsir Ibn Kathir Jilid 3, Gema insane

4. m/s 25, Maulana Zakariyya Al-Khandalawi(2004) Khasail Nabawiyyah syarah Syamail Muhammadiah,  Dar An-Nu’man

5. m/s 222, Dr Abdullah bin Muhammad (1994) Lubab  At-tafsir min Ibn Kathir jilid 6, Muassasah Dar Hilal Cairo.
    m/s 262-263, Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuti bersama team tafsirnya  (2000) Mishbah Al-Munir  fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir , Pustaka Ibn Kathir.
    m/s 423-424 , Muhammad Nasib Rifai (2000) At-Taisir Al-Aliyyul Qadir li Ikhtisari Tafsir Ibn Kathir Jilid 3, Gema insani

6. m/s 52-54, Prof Dr Hamka , (tiada tahun) Tafisr Al-Azhar, Pustaka Panji Mas Jakarta

7. m/s 211-212,   Ibnu Rejab Al-Hanbali , (2012) , Jami’ Ulum Wal Hikam , Darul Falah

8. m/s 63-63    Sheikh Abdurrahman Jabir Jazairi  ,(2008) ,  Aisar Tafsir Li Kalamil Kabir (Tafsir Al-Quran Aisar) Jilid 5 , Darus Sunnah

9. m/s 52-54, Prof Dr Hamka , (tiada tahun) Tafisr Al-Azhar, Pustaka Panji Mas Jakarta

RUJUKAN

Sheikh Jalaluddin Al-Mahalli dan Sheikh Jalaluddin As-Suyuti (1990) Tafsir Jalalain  , Sinar Baru Algensindo
Sheikh Abdurrahman Jabir Jazairi  ,(2008) ,  Aisar Tafsir Li Kalamil Kabir (Tafsir Al-Quran Aisar) Jilid 5 , Darus Sunnah
Maulana Zakariyya Al-Khandalawi(2004) Khasail Nabawiyyah syarah Syamail Muhammadiah,  Dar An-Nu’man
Ibnu Rejab Al-Hanbali , (2012) , Jami’ Ulum Wal Hikam , Darul Falah-  Tafsir Ibnu kathir.
Dr Abdullah bin Muhammad (1994) Lubab  At-tafsir min Ibn Kathir jilid 6, Muassasah Dar Hilal Cairo.
Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuti bersama team tafsirnya  (2000) Mishbah Al-Munir  fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir , Pustaka Ibn Kathir.
Muhammad Nasib Rifai (2000) At-Taisir Al-Aliyyul Qadir li Ikhtisari Tafsir Ibn Kathir Jilid 3, Gema insani
Prof Dr Hamka , (tiada tahun) Tafisr Al-Azhar, Pustaka Panji Mas Jakarta


Wednesday 19 February 2014

Blog aku yang sebelum ni..

Assalamualaikum semua..
apa kabar..??

sebenarnya aku ada je beberapa blog sebelum ni.. semua ni gara-gara sifat lupa yang sangat menebal dalam diri..

kenapa kita mudah lupa??
adakah sebab telan semut banyak sangat..sampai jadi pelupa??
perlu ke disalahkan semuat atas kelupaan kita..

hakikatnya TIDAK sama sekali..
kita cepat lupa disebabkan dosa2 kita yang begitu banyak..
yang menutup ruang kebenaran dalam hati kita.

inilah blog aku yang satu lagi tu..boleh la ambil apa2 yang bermanfaat..

http://www.jiwacoklat1.blogspot.com/

Syukran.

sumber inspirasi dan kekuatan

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepadaku..

aku mendapat satu suntikan semnagat daripada pensyarahku iaitu Ustaz Abdullah Hamzah yang mana beliau mendorongku untuk menulis di dalam blog di samping melaksanakan usaha-usaha dakwah yang bersifat praktikal..

kata beliau,
" apa yang kita tulis pasti akan kekal dan
dibaca oleh orang lain."

maka dengan semangat inilah aku bangkit semula setelah lama menyepi.semoga kekuatan yang dibina ini muncul dan terus istiqamah dengan syarat bermujahadah menghadapinya.

Syukran Kathir kepada Ibu Bapa saya, Tn Haji Husin bin Ahmad dan Puan Hajah Nor Ruhaiza binti Abdul rahman kerana sentiasa mendorong dan memberi semnagt kepada diri ini untuk terus mendalami ilmu..

Semoga usaha yang kecil ini istiqamah dan mendapat keberkatan Allah..

Amin.

Pesan Ustazku, al-fadhil Ustaz Solahuddin Mohd Nor,

" untuk istiqamah dalam sesuatu amalan, kita perlukan mujahadah"




FIQH - Hukum Hakam berkaitan Anjing (1)

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJINGDisusun oleh : Muzani Anh
Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif
Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk  dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu. Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu disamak,seperti Sabda nabi Saw :

طُهُوْرُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيْهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُوْلاَهُنَّ بِالتُّرَابِ
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim)

 tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu, sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim, m/s 61)

Air liur anjing
2  keadaan keturunan anjing:
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir juga.
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.

Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim).
Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib :
“ Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.”
oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan ‘ainnya dan kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak.
BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAKNajis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh Manhaji m/s 47 Jilid 1).
1.    Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah :

-  7 kali
basuhan pertama dicampur dengan tanah.
(Rujuk Nailul Authar, m/s 75)
2.    Bilangan basuhan air ketika samak ialah :

- 7 kali
basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)

·         Basuhan  pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya.
·         Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satu-satunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)


Maksud air yang dicampurkan dengan tanahDalam Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata:
“ Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya hanya dengan melalukan air pada tanah.”
Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanahini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak  cucu Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail , m/s 165)

  Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89)

BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN
Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat).

Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata ,
“ tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali) dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.”
Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika susah megelakkannya.
 (Fathul Muin, 1/105 bersama I’anah Tolibin)

bersambung...