Monday 12 September 2011

kebahagiaan yang dicari....

setiap insan inginkan ketenangan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat...
tetapi...

cuba kita fikir dengan teliti....
cuba kita buat perbandingan...

BERAPA BANYAK MASA YANG KITA LUANGKAN UNTUK DUNIA KITA?
BERAPA BANYAK MASA YANG KITA LUANGKAN UNTU AKHIRAT KITA?

mudah untuk kita cakap,"kita mesti seimbang dunia dan akhirat."
tp...
apakah kata-kata kita ini bertepatan dengan perbuatan kita...

KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI.....
bukan pada HARTA...
bukan pada PANGKAT..
bukan pada PARAS RUPA...
bukan pada KEDUNIAAN...

TETAPI...

KEBAHAGIAAN yg dicari hanya ada dalam ISLAM...
dalam MENTAATI PERINTAH ALLAH..
mengikuti SUNNAH NABI SAW

INILAH KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI...

ALLAH ilhamkan kita 2 jalan
-jalan KEBAIKAN
-jalan KEBURUKAN...

YANG MANA SATU JADI PILIHAN KITA...
TEPUK DADA..TANYA IMAN DAN AMAL MASING2....

Thursday 8 September 2011

SIAPA YANG PERLU KITA TAKUT?

hari ini....apabila ternampak pegawai polis ataupun guru disiplin, kita akan berasa takut...takut dimarahi kerana perbuatan salah yang kita lakukan...jadi kita pun berpura-pura tunjuk baik(HIPOKRIT/ MUNAFIK)...bermuka dua....

tapi.....
kepada siapa yang sepatutnya kita takut...

kepada Allah atau kepada Makhluk.....

sama2 kita renungkan keadaan diri kita....lazimkan bertanya kepada diri kita sendiri mengenai keadaan yang bakal kita hadapi...iaitu AKHIRAT...

-bagaimana keadaan ketika nazak?
-bagaimana keadaan di hadapan Allah kelak? adakah Allah akan sayang atau murka kepada kita?
-bagaimana keadaan kita ketika dibangkitkan kelak di padang Mahsyar?
-dimanakah tempat kita kelak di akhirat?

contoh2 soalan mcm ini yang perlu kita tanye diri kita...
Nabi Muhammad meninggalkan 2 peringatan...
-peringatan yang berkata-kata(AL-QURAN)
-peringatan yang senyap (MATI)

Mati PENGHAPUS KELAZATAN DUNIA...
SUDAHKAH KITA BERSEDIA.....
Tangisilah dosa2 kita....
kasihanilah keadaan UMAT hari ini...umat jauh drpd perintah Allah dan Sunnah Nabi SAW...




adakah kita akan tersenyum seperti jenazah ini apabila sampai masanya nanti....
FIKIR2KANLAH.......LAKSANKANLAH TANGGUNGJAWAB DAKWAH...KITA PASTI AKN DISOAL KELAK DI AKHIRAT......

setiap detik....


Setiap detik yang berlalu hakikatnya mendekatkan kita kepada satu perkara yang sangat-sangat pasti berlaku kepada kita iaitu MAUT. Tiada siapa pun boleh menafikan atau mengatakan bahawa dia akan hidup selamanya di dunia ini kerana dunia ini hanya sementara dan yang kekal abadi ialah akhirat. Setiap yang berlaku pada diri kita mahupun kepada seluruh alam ini berkaitan dengan Allah. Allah yang mengatur semua ini, kita ini tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin Allah.

Setiap manusia menginginkan kejayaan bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat jua. Malangnya, pada hari ini kita dapat melihat satu situasi yang agak berlainan dengan apa yang kita inginkan. Setiap manusia berusaha untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dunia sehingga lupa kepada tanggungjawab kepada Allah. Sedangkan kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki hanyalah di akhirat.



Wahai manusia yang sama-sama mengharapkan keredaan Allah. Allah tidak pernah langsung berhajat dengan kita. Malah kitalah yang sangat-sangat berhajat kepada Allah. Pada hari ini  kita telah bertungkus-lumus berusaha untuk memenuhi kemahuan kita. Cuba kita fikir, adakah kita telah menunaikan dan melaksanakan kemahuan Allah dan kehendak Allah. Pernahkah kita rasa menyesal tatkala kita melanggar perintah Allah, membuat larangan Allah dan menganggap amalan agama sebagai perkara yang tidak bermakna buat diri kita.

Wahai manusia, sedarlah bahawa Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Setiap saat mahupun detik yang berlalu semuanya berlaku dengan izin Allah. Jangan bongkak kepada Allah kerana kita hanyalah seorang hamba yang hakikatnya tidak mampu melakukan apa-apa pun tanpa izin Allah. Saidina umar berkata, “Hisablah diri kamu sebelum diri kamu dihisab”….sama2 MUHASABAH DIRI INSYAALLAH…



IMAN DAN TAQWA



dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.
)
surah al-baqarah ayat 197)

PERBEZAAN KITA DI SISI ALLAH IALAH DENGAN TAQWA...BUKAN HARTA, PANGKAT DAN LAIN2....

dalam kitab NASHAIHUL "IBAD ada mengatakan:

abu bakar as-siddiq berkata: " barangsiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekalan, maka seolah-olah mengharungi lautan tanpa bahtera
(m/s 10.)

al-A' masyi berkata:
"barangsiapa yang modal pokoknya adalah taqwa, maka lidah2 menjadi kelu untuk menyifati keuntungan agamanya. dan barangsiapa yang modal pokoknya dunia, maka lidah juga tidak mampu menjumlah (mengira) kerugian agamanya."
(kitab nashaihul "ibad m/s 13)
Martabat Taqwa

Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;

Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran

Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :

"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.

Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.

Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.

Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)

*http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1476-taqwa-itu-apa.html

 saidina umar mengatakan:
" taqwa ibarat berjalan di atas duri."

sifat TAQWA merupakan sifat yg sangat dituntut....kita perlu usahakan ke arah menjadi INSAN YANG BERTAQWA...banyak JANJI ALLAH DAN RASUL tentang orang yang bertaqwa....

SAMA-SAMA KITA DOAKAN UNTUK HIDAYAH SELURUH ALAM.....








Wednesday 7 September 2011

hakikat hehidupan....

Allah kurniakan kita sebagai manusia sebagai makhluk yang terbaik..perlulah kita ingat dan sentiasa memikirkan keadaan kita kelak...hakikat sebenar hidup kita adalah sementara. tanpa kita sedari, hampir separuh masa kita telah kita usahakan untuk dunia yang sementara.memang benar kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat. tapi malang sekali...kita telah menipu diri kita sendiri...dunia kita telah usaha sungguh-sungguh, tetapi akhirat kita lupakan seolah-olah akan hidup selamanya.....

DUNIA SEMENTARA..AKHIRAT SELAMANYA....

*tazkirah untuk diri yang alpa...  -Abdullah al-Kajangi-