Thursday 11 August 2016

Akhlak pada bukan muslim

Diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Tazkirah al Huffaz bahawa kisah kumpulan bukan muslim yang mengiringi jenazah seorang ulama ke kuburnya.

Ketika Mansur bin Zadzan iaitu seorang ahli hadith meninggal dunia, Abbad bin al awwam menyaksikan sekelompok kaum yahudi dan majusi turut hadir dalam majlis pengkebumian beliau.

Ibnu Jawzi pula meriwayatkan dalam Manaqib Imam Ahmad bahawa al Warkani berkata," pada hari kematian Imam Ahmad, majlis takziah dilakukan oleh 4 kelompok manusia iaitu kaum muslimin, kaum yahudi,kaum nasrani dan kaum majusi.

Bagind Nabi SAW juga amat menekankan kita untuk menunjukkan akhlak yang baik terhadap orang bukan Islam. Hal ini sebagai satu dakwah kepada mereka dan ternyata dakwah melalui akhlak merupakan cara yang terbaik. Bukan sahaja dapat menarim seorang untuk memeluk Islam bahkan satu bangsa tertarik untuk memeluk Islam sebagaimana yang berlalku pada bangsa Mongol.

Moga kita semua dapat menghayati kisah ini dan mengambil pengajaran yang sangat bermanfaat dan berguna ini.

Oleh :
Muzani Anh al- Kajani

Rujukan :
Rasul mulia,umat mulia, akhlak mulia oleh ust umar mohd noor
M/s 4-5


Thursday 27 November 2014

Pesanan buat bakal peserta PLKN

  [7 perkara tentang PLKN]

Segala puji bagi Allah Taala dan Selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda Sallahualaihi wasallam.

Saya telah diminta oleh sahabat saya , Ahmad Naqiuddin Husin untuk membuat penulisan ringkas tentang pengalaman di PLKN 2014. Semoga penulisan ini menjadi kebaikan kepada semua bakal para pelatih dan jurulatih sama ada lepasan sekolah atau sudah bekerja, bersekolah agama mahupun sekolah biasa. 7 perkara  yang ditulis ini dikutip berdasarkan pengalaman diri ini.
 Saya akui, setiap kem mempunyai cerita berbeza dan pengalaman berbeda. Sebarang komentar membangun dapat dikemukakan untuk perhatian saya dalam usaha memperbaiki diri ini.

1. Perkhabaran

"Tahniah, anda terpillih…"
Adatnya, ramai para peserta akan cuba mengelak daripada menyertai PLKN. Adalah disarankan kepada mereka yang 'terpilih' atau dipilih ini untuk melaporkan diri pada panggilan pertama supaya tidak perlu mengikuti program ini secara paksa-rela dalam masa mendatang.

 Mungkin setelah menjangkau usia pertengahan 20-an. Pujuklah hati supaya tidak memandang PLKN sebagai kurungan yang tiada kebaikan. Fikiran kita adalah cerminan diri sendiri. Adanya para peserta yang gembira dan bersyukur kerana dapat ke PLKN.

“3 bulan aku di sini, sekurang-kurangnya aku dapat jauh daripada bunyi motor dan melepak dengan kawan-kawan setiap malam”

2. Rutin

Di sini, binalah rutin harian yang baik kerana situasi dan keadaan sekeliling yang membantu. Contoh, jika dahulunya solat subuh di hujung waktu, di sini pelatih akan bangun pagi sebelum subuh dan kamu mampu!

 Ini kerana pelatih berasa takut dan harap. Takut kepada jurulatih dan berharap menjadi company terbaik. Seharusnya pemuda mempunyai rasa takut dan harap yang tinggi kepada Allah Taala mengatasi perkara lain. Jadi, hormatilah mereka dengan tidak mengecualikan ketaatan dalam agama.

Seharian di PLKN seperti sehari di sekolah menengah berasrama. *atau lebih kurang* aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan dimaklumkan di kem masing-masing kelak. Jadi, jangan terlalu bimbang. Anak puan selamat di sana.

3. Watak

Semua orang mempunyai watak yang berbeza tetapi seperkara yang sama di antara umat islam ialah agama. Hidupkanlah roh agama dalam kehidupan seharian dengan taat perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad Sallahualaihi Wasallam.

 Watak seorang muslim dikagumi. Jagalah adab dan akhlak walaupun sekecil-kecil perkara.
Antaranya ialah tidak bercakap ketika azan dilaungkan, duduk ketika makan dan minum, menutup aurat bagi lelaki mahupun wanita. Jangan risau, jurulatih dan kawan-kawan akan memahami dan menghormati diri kamu, insyaAllah.

4. Muslim dan Non-Muslim.

Kami bekerjasama dengan baik selama di sana.  Ke atas kita untuk terang sebelum kita serang . Berbicaralah dengan kawan-kawan di sana dengan niat berkongsi ilmu dan menyampaikan apa yang kita tahu walaupun cuma sepotong ayat. Ini dapat memberi manfaat yang besar dalam waktu yang mendatang.

Antara perkara yang meninggalkan kesan kepada diri ini ialah dialog dengan rakan non-muslim. Kisah yang kami bualkan ialah cara pengurusan jenazah mengikut agama dan kisah para nabi. Cerita sebegini kita biasa dengar sejak zaman sekolah rendah lagi.

 Cumanya, tinggallah mengeluarkan kembali untuk menggembirakan saudara islam kita dan menyampaikan kepada rakan-rakan yang lain.
“Baru saya tahu perkara ini. Sebelum ini, tiada saya nak cerita kepada saya.”

5. Kemahiran.

Banyak kemahiran yang boleh diasah di sini kerana kita dikumpulkan dengan rakan yang mempunyai ragam dan kecenderungan masing-masing. Ini merupakan satu berita gembira dan kamu perlu mencarinya di sana.

Antara perkara yang disarankan orang a’lim ialah memperbaiki bacaan alQuran. Ini merupakan satu perkara yang mustahak. Sama-samalah kita belajar dan mengajar alQuran kepada orang lain dengan melazimkan membaca dan mendengar 10 surah terakhir dalam alQuran.

Janganlah malu kerana tidak mampu membaca, sebaliknya, sentiasalah bersama-sama rakan yang dipercayai untuk belajar alQuran daripada mereka. Alangkah gembiranya apabila wira dapat mengimami keluarga dan isteri, wirawati dapat mengajar  anak kalian alQuran kelak.

“jadilah seperti perigi mencari timba kerana apa yang kita miliki sekarang takkan kekal buat selamanya melainkan dengan apa yang kite laburkan(berikan).”


6. Orang Kepercayaan.

Sebahagian daripada kamu akan menjadi orang kepercayaan di sana. Baik di barisan hadapan kepimpinan atau pun tidak. Ataupun, kalian akan berada di bawah kepimpinan seseorang.

Pertama, mohon ampun kepada Allah Taala atas kelemahan diri kita ini. Kedua, lazimlah berbincang dengan baik atas sesuatu perkara. Ketiga, lakukanlah sebarang gerak kerja dengan habis baik. Keempat, janganlah berpecah atas perkara yang remeh. Kelima, rujuklah orang yang berkelayakan untuk sebarang masalah.

Pandanglah rakan di sana sebagai jiran, rakan sekerja, guru anak kamu atau sebagainya. Inilah gambaran awal bagaimanakah keadaan yang akan ditempuhi apabila sudah dewasa. Dalam kepimpinan, adakala kita akan berasa lemah. Sesungguhnya, berputus-asa itu bukanlah sifat seorang yang beriman. Carilah kawan-kawan yang dapat memberi sokongan dan dorongan.

7. Kesan.

Pemuda sekalian, kehidupan zaman sekolah telah tamat. Di sini, kita akan menilai siapa diri kita sebenarnya dan kita akan membuat keputusan untuk menjadi insan yang bagaimana. Ini akan dapat dilihat kurang 24jam sebelum kamu keluar pagar pulang ke rumah setelah tamat latihan.

Walau siapa pun kalian, jadilah orang yang beriman kepada Allah. Seorang pengawal yang berakhlak mulia lebih baik daripada majikan yang berkata nista(cela). Menjadi kegembiraan buat kami apabila melihat jurulatih dan pelatih sama-sama dapat mengimarahkan surau setelah selesai tugas.

Teruskanlah dengan kebiasaan yang baik dan tinggalkanlah perkara sedia maklum salah. Sama-samalah kita semak diri kita dari masa ke semasa. Moga bahangnya terasa di pipi-pipi kamu.

Setiap umat manusia layak dan berpotensi untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Berjaya di dunia dan kemenangan di akhirat. Sebagai cadangan, sedialah diri kamu sebelum ke sana dengan pembacaan tentang kisah para nabi atau kehidupan para sahabat.Lazimilah dampingi guru-guru kamu untuk meminta mutiara nasihat daripada mereka.

Moga Allah mempermudahkan urusan kamu.
Selawat dan Salam ke atas Baginda Sallahu alaihi wasallam.

MOHAMMAD ALIF NAUFAL BIN ZAMRI*
15/09/2014
SERI KEMBANGAN, SELANGOR.

* kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk , Jordan dalam bidang Bahasa Arab. Sama2 doakan beliau..amin...insyaAllah..


Wednesday 26 November 2014

motivasi 1

Bersarapan dengan 2 orang pendidik kelmarin..salah seorangnya berkata, " letih juga mengajar ni, nak layan pelajar, nak fokus pada mengajar."

Kemudian seorang lagi berkata :

" memang tidak dinafikan keletihan yang dialami, namun perlu ingat sebegini...JIKA kita tidak bersusah payah mendidik, bagaimanakah keadaan mereka di masa hadapan kelak, keletihan kita di masa ini untuk melihat kejayaan anak2 murid di masa akan datang, usah risau ,insyaAllah dengan keikhlasan, ganjaran besar menanti di akhirat kelak."

* kata2 yang memberi semangat untuk mendidik..namun..perlu juga didik diri untuk hadiri majlis ilmu...belajar, amal dan sampaikan..

#jomfikir

Tuesday 27 May 2014

FIQH : Beberapa persoalan berkaitan anjing (1)

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJINGDisusun oleh : Muzani Anh
Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif
Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk  dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu. Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu disamak,seperti Sabda nabi Saw :

طُهُوْرُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيْهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُوْلاَهُنَّ بِالتُّرَابِ
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim)

 tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu, sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim, m/s 61)

Air liur anjing
2  keadaan keturunan anjing:
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir juga.
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.

Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim).
Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib :
“ Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.”
oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan ‘ainnya dan kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak.
BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAKNajis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh Manhaji m/s 47 Jilid 1).
1.    Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah :

-  7 kali
basuhan pertama dicampur dengan tanah.
(Rujuk Nailul Authar, m/s 75)
2.    Bilangan basuhan air ketika samak ialah :

- 7 kali
basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)

·         Basuhan  pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya.
·         Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satu-satunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)


Maksud air yang dicampurkan dengan tanahDalam Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata:
“ Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya hanya dengan melalukan air pada tanah.”
Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanah
ini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak  cucu Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail , m/s 165)

  Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89)

BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN
Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat).

Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata ,
“ tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali) dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.”
Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika susah megelakkannya.
 (Fathul Muin, 1/105 bersama I’anah Tolibin)

bersambung...

Muzani Anh
- Learn & Give -

HADITH : Cara mengenali Hadith

 PANDUAN RINGKAS SEKIRANYA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH JIKA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH -

PANDUAN RINGKAS SEKIRANYA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH
JIKA ANDA TERJUMPA SEBUAH HADITH…

oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz

1- Pastikan siapakah yang meriwayatkan hadith itu. Cara yang paling mudah ialah bertanya kepada orang yang berilmu tentang hadith. Cara lain ialah dengan anda sendiri mencarinya dalam buku-buku hadith. Ini kerana…

2- Anda perlu mengetahui kesahihan hadith. Untuk mengetahui kesahihan hadith, kebiasaannya kita perlu mengetahui sumber asal hadith tersebut. Cara mudah untuk mengetahui kesahihan sesebuah hadith ialah dengan bertanya kepada orang yang mengetahui. Jika anda mampu, bolehlah mengkaji pendapat ulama terdahulu dan masa kini.

3- Jika hadith itu dhaif, maka ia diragui sama ada benar-benar datang dari Rasulullah SAW atau tidak. Hadith sebegini tidak boleh disebutkan sebagai ‘hadith sahih’ atau ‘sabda Rasulullah SAW’ kerana kita tidak pasti. Semua ulama hadith menyatakan bahawa hadith dhaif tidak boleh digunakan dalam persoalan hukum dan aqidah.

4- Jika hadith itu palsu, maka ia langsung tidak boleh dikaitkan dengan diri Rasulullah SAW. Sekiranya maksudnya tidak menyalahi syariat, maka gunakanlah ia tetapi bukan sebagai hadith tetapi sebagai kata-kata hikmah.

5- Jika hadith itu sahih, maka ia bolehlah diceritakan kembali atau ditulis sebagai sebuah ‘hadith Rasulullah SAW’ atau ‘sabda Nabi’.

6- Jika hadith itu mengandungi sesuatu hukum atau saranan, maka pelajarilah maksud hadith tersebut daripada ahli ilmu agar kita tidak tersalah faham lantas tersalah pula dalam beramal.

7- Sebarkanlah hadith itu kepada orang lain agar kita tergolong dalam kalangan orang yang menyampaikan dan menyebarkan hadith Rasulullah SAW.

Selamat mencuba!

HADITH : Pengenalan Hadith 40 Imam Nawawi

HADITH 40 IMAM NAWAWI... asas bagi penuntut ilmu.

Ilmu hadith merupakan ilmu yang sangat penting untuk dipelajari. sebab itulah lahirnya para ulama yang berjuang untuk menghidupkan dan mengekalakan hadith dalam kehidupan manusia. antara karya yang ingin kita bincangkan ialah Arbain Nawawi atau Hadith 40 Imam Nawawi. saya kira tidak asing lagi bagi kita bahkan Hadith 40 imam Nawawi ini dijadikan bahan untuk tazkirah.usrah dan sebagainya.

Imam Nawawi mengatakan dalm Muqaddimah hadith 40 Imam nawawi bahawa;

" Ada dalam kalangan para ulama yang mengumpulkan 40 hadith yang menyentuh masalah usul dalam dalam agama. ada pula yang menyusun 40 hadith yang menyentuh masalah furu' dalam agama. adalah juaga yanag menyusun 40 hadith berkenanaa jihad, ada juaga yang menyusun 40 hadith berkenaan zuhud dan masalah adab. kesemua ini mempunyai tujuan-tujuan yang baik.

Saya pula berpendapat bahawa untuk mengumpulkan 40 hadith yang lebih penting daripada itu iaitu dengan mengumpulkan 40 buah hadith yang mencakupi kesemuanya. setiapa haditah yang terdapat di dalamnya merupakan kaedah agama yang penting dan para ulama telah menyifatkan sebagai paksi putaran Islam atau sebagai separuh atau sepertiga daripada Islam dan seumpamanya." 

Al-fadhil Ustaz Adlan Abd Aziz berkata;"

" Sebagai penuntut ilmu, Hadith 40 ini adalah asas utama dan perlu untuk menghafaznya dan memahami apa yang terkandung dalam hadith tersebut".

Al-Fadhil Ust Salman Maskuri Al-Misri  berkata"

" Betapa ramai para ulama yang menyusun 40 hadith berkenaan Islam sepertoi abdullah bin Mubarak,Hassan bin Sufyan dan sebagaianya, tetapi, mengapakah Hadith 40 Imam Nawawi ini menjadi tumpuan dan dipelajari di seluruh dunia serta disyarahkan oleh ramai ulama antaranya ialah Ibnu Rejab Al-Hanbali dalam kitabnya Jami' Al-Ahkam wal Ulum.

Sebabnya ialah kerana keikhlasan dan kesungguhan Imam Nawawi dalam menuntut ilmu dan ketegasan beliau dalam mengeluarkan fatwa untuk menjaga kemaslahatan umum. Satu ketika cahaya yang menerangi Imam Nawwi ketika beliau menulis telah padam,maka dengan izin Allah, keluarlah cahaya daripada jarinya untuk menerangi beliau."

MasyaAllah, betapa Allah muliakan hambaNya yang ikhlas. Jadi, kita Sebagai penuntut ilmu, perlulah berusaha untuk menghafaz Hadith 40 ini dan berusaha untuk memahaminya.

Al fadhil Ustaz Adlan Abdul Aziz mengatakan:

" Ilmu ini didapati dengan 2 cara:
1. belajar dengan ramai guru
2. banyakkan membaca

Mudah2an kita semua diberkati dan dirahmti Allah..amin

Muzani Anh
- Learn & Give -

ISU SEMASA : Cadbury : Hikmah yang Tersirat


Malaysia telah dilanda satu kejutan apabila keluar satu kajian yang mendapati   Coklat yang amat digemari oleh rakyat Malaysia iaitu Cadbury mengandungi DNA  Babi. Walaupun 2 produk dikesan mengandungi DNA ini, tapi amat memberi kesan  kepada pengguna. Setelah itu keluarlah pelbagai pendapat dan kenyataan kerana  amat risaukan keadaan yang sedang berlaku.

Sensitiviti ini amat dipuji bukti Rakyat Malaysia amat teliti dan peka terhadap isu  semasa. Secara pastinya, terhadap hikmah yang Allah ingin tunjukkan kepada kita untuk kita berfikir dan bertindak. Tidakkah kita
sedar tujuan utama kita di muka bumi ini berdasarkan firman Allah :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “ (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

SEDARKAH KITA?

Sedarkah kita, betapa ramai yang meninggalkan solat secara sengajaTapi berapa ramaikah yang sedar akan perkara ini? Berapa ramaikah yang memperjuangkan isu ini? Sedangkan Allah berfirman,

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)





 Sedarkah kita, berapa ramaikah yang masih tidak menutup aurat dan masih belum menutup aurat dengan sempurna? Sedangkan Allah berfirman


وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

(Surah An-Nur:Ayat 31)



Mafhumnya:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.



 . Tapi berapa ramaikah yang sedar akan perkara ini. Bahkan ada juga yang  mengatakan aurat ini merupakan isu peribadi. ikut suka la nak tutup atau tidak.  ketahuilah bahawa kata-kata seperti itu amat bahaya buat aqidah kita.

Hakikatnya banyak lagi hal ehwal Islam yang kita belum sempurnakan TAPI tidak dihebohkan pun seperti mana isu Cadbury ini. Adakah sensitiviti kita terhad kepada kandungan Babi dalam makanan sahaja??

Fikirlah dengan sebaiknya, bahkan dalam al-Quran Allah banyak mengajak kita untuk berfikir. Berkenaan isu Cadbury ini, kita  dapati di facebook, whatapps dan sebagainya tersebar jenis-jenis barang yang juga dikatakan mempunyai DNA Babi. Sebagai pengguna, untuk 
lebih selamat, marilah sama-sama kita hayati hadith Nabi Saw ini,

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى  الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ  لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ  أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ

[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث  :
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati* “.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
* Hadith ke 6 dalam Hadith 40 Imam Nawawi.
* Hati itu maksudnya jantung, kerana jantung yang mengepam darah, ketiadaan jantung bereti matilah seseorang itu kerana ia adalah organ yang utama.

Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan buat kita untuk terus peka tentang apa yang berlaku dalam dunia Islam kini. Ketahuilah Allah tidak perlukan kita, bahkan kita lah yang memerlukan Allah. Barangsiapa yang membantu Agama Allah (memelihara dan menyebarkan Islam ), Allah akan bantu dia.

Saya akhiri penulisan ini dengan sepotong hadith Nabi SAW,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّباً، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى : ,يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحاً - وَقاَلَ تَعَالَى : , يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ - ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ ياَ رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ .
[رواه مسلم]
Terjemah hadits /  ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya Allah ta’ala itu maha baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul-Nya dengan firmannya : Wahai Para Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal solehlah. Dan Dia berfirman : Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik daripada apa yang Kami rezekikan kepada kalian. Kemudian beliau menyebutkan ada seseorang melakukan perjalan jauh dalam keadaan kusut rambutnya dan berdebu. Dia memanjatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata : Yaa Rabbku, Ya Rabbkuhanku) ( Wahai T, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan keperluannya dipenuhi daripada sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan dikabulkan.
(Riwayat Muslim).
* Hadith ke 10 dalam Hadith 40 Imam Nawawi

Semoga Allah memberkati kita semua, InsyaAllah.

Muzani Anh
-Learn & Give-