Thursday, 8 September 2011

setiap detik....


Setiap detik yang berlalu hakikatnya mendekatkan kita kepada satu perkara yang sangat-sangat pasti berlaku kepada kita iaitu MAUT. Tiada siapa pun boleh menafikan atau mengatakan bahawa dia akan hidup selamanya di dunia ini kerana dunia ini hanya sementara dan yang kekal abadi ialah akhirat. Setiap yang berlaku pada diri kita mahupun kepada seluruh alam ini berkaitan dengan Allah. Allah yang mengatur semua ini, kita ini tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin Allah.

Setiap manusia menginginkan kejayaan bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat jua. Malangnya, pada hari ini kita dapat melihat satu situasi yang agak berlainan dengan apa yang kita inginkan. Setiap manusia berusaha untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dunia sehingga lupa kepada tanggungjawab kepada Allah. Sedangkan kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki hanyalah di akhirat.



Wahai manusia yang sama-sama mengharapkan keredaan Allah. Allah tidak pernah langsung berhajat dengan kita. Malah kitalah yang sangat-sangat berhajat kepada Allah. Pada hari ini  kita telah bertungkus-lumus berusaha untuk memenuhi kemahuan kita. Cuba kita fikir, adakah kita telah menunaikan dan melaksanakan kemahuan Allah dan kehendak Allah. Pernahkah kita rasa menyesal tatkala kita melanggar perintah Allah, membuat larangan Allah dan menganggap amalan agama sebagai perkara yang tidak bermakna buat diri kita.

Wahai manusia, sedarlah bahawa Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Setiap saat mahupun detik yang berlalu semuanya berlaku dengan izin Allah. Jangan bongkak kepada Allah kerana kita hanyalah seorang hamba yang hakikatnya tidak mampu melakukan apa-apa pun tanpa izin Allah. Saidina umar berkata, “Hisablah diri kamu sebelum diri kamu dihisab”….sama2 MUHASABAH DIRI INSYAALLAH…



No comments:

Post a Comment