Tuesday, 20 May 2014

AL FATIHAH ALMARHUM USTAZ IBRAHIM YUNUS PENGETUA SMKA MAAHAD HAMIDIAH

AL FATIHAH
ALMARHUM USTAZ IBRAHIM YUNUS
PENGETUA SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
2009-2010.....
'SELAMAT HARI GURU'

* mengalir air mata tatkala mengenangkannya..Al Fatihah

KISAH AKU DAN BELIAU...

BINGKISAN HARI GURU...

aku pernah bersama beliau..
menegur beliau saat kali pertama masuk ke sekolah,
bertemu di masjid selesai solat maghrib,
bertanyakan khabar kepada beliau...
nmpk biasa je..rupa2nya beliaulah pengetua baru sekolahku..
aku sgt rapat dgn beliau..sehingga sering beliau bawa ku menemaninya utk beri kuliah maghrib di luar...
sering aku dipanggil duduk dekat dgn beliau tatkala beliau memberi tazkirah di hdpn pelajarnya....
sering beliau menasihati aku dan kawan2 ku..
penting..nak berjaya bkn sahaja pd akademik..
sahsiah juga kene bagus dan berakhlak mulia..
nasihat demi nasihat diberikan..

aku begitu kagum dgn beliau..
tatkala perhimpunan rasmi..beliau memarahi kami..
" Mengapa lambat sangat solat subuh pagi tadi"?
satu soalan yang begitu membuka mindaku...
beliaulah yg sering menjadi imam subuh kami..memberi santapan rohani di waktu pagi..
tatkala bertemu dengan beliau..pasti berlumba aku unyuk memberi salam kepadanya..
dan sudah pasti..beliau dahulu akan memberi salam kepadaku..

teringat di bulan Ramadhan...
ketika 10 malam terakhir..
beliau beriktikaf bersama2 pelajar2 di masjid..
memberi nasihat sebelum iktikaf..
malamnya dipenuhi zikir, bacaan Quran dan Solat Malam..
kini tubuh itu sudah tiada lagi..
tenang pergi bertemu PenciptaNya...
mybe lepas ni giliran kita..

moga Allah kurniakan darjat tertinggi buat beliau...
'MELAHIRKAN INSAN RABBANI'
itulah impiannya...
utk lihat kejayaan anak muridnya..
DUNIA AKHIRAT...
CEMERLANG SAHSIAH DAN AKADEMIK...
teruskan perjuangan...
beliaulah AL MARHUM USTAZ IBRAHIM BIN YUNUS...
sentuhannya sekejap sahaja..setahun lebih...
tetapi cukup memberi kesan dan bekas buat kami..
dan aku bersyukur dpt bersamanya selama setahun...

AL FATIHAH
ALMARHUM USTAZ IBRAHIM YUNUS
PENGETUA SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
2009-2010.....
'SELAMAT HARI GURU'

No comments:

Post a Comment